Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan anaknya menjadi mangsa serangan apabila diseret dan disuntik jarum suntikan oleh seorang lelaki di parkir sebuah pusat membeli-belah, sekitar jam 1.45 petang tadi.
Menurut Rafizi, kejadian berlaku ketika anak dan isterinya sedang memasuki kereta sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang dipercayai telah mengekori mereka.
“Serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam sepenuhnya, bertopi keledar dan menutup muka. Mereka telah menunggu lebih awal dan menyerang anak saya pada ketika yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudian dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan, manakala pihak polis tiba di lokasi sejurus selepas kejadian. Rafizi dan keluarganya juga telah memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM dan Hospital UPM yang membantu keluarga saya melalui kejadian ini,” ujarnya.
Baca juga:
- Jeritan selamatkan nyawa, kanak-kanak nyaris maut diserang individu di Rawang
- ‘Kalau rasa siasatan tak ke mana, saya akan usulkan siasatan dihentikan’ – Rafizi Ramli
- ‘Tiada kompromi salah guna kuasa, rasuah penjawat awam’ – KSN
Rafizi menyifatkan insiden itu sebagai satu bentuk ugutan terhadap dirinya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu, namun menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman.
“Insya-Allah, saya akan meningkatkan kawalan keselamatan tetapi tetap meneruskan tugas seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, satu laporan dakwaan anak kepada Rafizi telah diserang di sebuat pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi.








