'Disebalik gelak ketawa hiburkan orang ramai, Amir berjuang hebat jaga ayahnya' | The Reporter

‘Disebalik gelak ketawa hiburkan orang ramai, Amir berjuang hebat jaga ayahnya’

Farhan Fauzi dan Amir bertemu di Pejabat Perdana Menteri.
Amir Raja Lawak dan Dato’ Farhan Fauzi. Gambar: Facebook Farhan Fauzi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dengan pelawak terkenal Amir Raja Lawak minggu lalu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Farhan Fauzi telah meluangkan masa bersama Amir di pejabat bagi mendengar sendiri kisah yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Menurut beliau, di sebalik gelak tawa yang sering dipersembahkan di pentas, Amir sebenarnya sedang berjuang hebat menjaga ayahnya yang kini diuji masalah kesihatan dan memerlukan rawatan lanjut.

“Dalam keadaan begitu pun, beliau masih gigih mencari rezeki, mengurus kedai, dan terus menghiburkan orang ramai,” katanya.

Beliau turut menyampaikan salam prihatin daripada Perdana Menteri, selain memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus membantu sedaya mungkin.

“Sempat juga saya selit bantuan awal buat Amir bagi meringankan beban kos ayah beliau. Doakan agar kesihatan ayah Amir dipermudahkan, dan urusan rezekinya sentiasa dilapangkan,” tambahnya.

Baca juga:

Dalam pada itu, Amir menerusi hantaran di Facebook juga menzahirkan penghargaan diatas keprihatinan Farhan terhadap isu yang berlaku ke atasnya.

“Alhamdulillah. Pagi hari ini kat pejabat Perdana Menteri berjumpa dengan setiausaha politik PMX iaitu Datuk Farhan Fauzi.

“Persekitaran yang baik, mesra, penuh sikap mengambil berat dengan apa yang saya ceritakan. Terima kasih banyak-banyak di atas keperihatinan dengan hal-hal yang saya hadapi,” katanya.

Sumber: Farhan Fauzi, Amir Raja Lawak

Related Posts