Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Dalam Negeri mendedahkan seramai 6,060 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka untuk memperoleh kewarganegaraan Singapura dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, angka itu adalah sebahagian daripada trend peningkatan berterusan sejak beberapa tahun lalu. Pada 2024, sebanyak 16,930 kes direkodkan, melonjak berbanding 11,500 kes pada 2023.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Trend peningkatan ketara sejak sedekad lalu
Berdasarkan rekod, 2022 mencatatkan 5,623 kes, sedikit rendah berbanding 7,956 kes pada 2021. Angka tertinggi sedekad lepas ialah pada 2019 dengan 13,362 kes, sebelum merosot kepada 5,591 kes pada 2020 susulan pandemik Covid-19.
Bagi tahun-tahun sebelumnya, 2015 merekodkan 7,394 kes, 2016 (8,654), 2017 (7,583) dan 2018 (7,665).
Data tersebut dinyatakan Saifuddin menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 8 Ogos lalu, sebagai respon kepada soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Baru) mengenai jumlah rakyat Malaysia yang memohon kewarganegaraan Singapura dari 2015 hingga 2025.
Sumber: New Straits Times








