Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa masih belum menerima bayaran yang dijanjikan oleh dua individu bergelar Dato’ di stesen televisyen membabitkan jumlah sebanyak RM18,000.
Menerusi satu kenyataan di media sosial, Amir memaklumkan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh mangsa-mangsa lain yang turut mengalami isu sama, termasuk membuat laporan polis dan menghantar surat daripada peguam kepada individu berkenaan. Namun, tindakan tersebut dikatakan tidak membuahkan hasil.
“Hutang payment yang masih sangkut RM18K, belum langsai lagi ye Dato’ Adam Dato’ Ilyas. Dah berpuluh report dari orang lain yang masih sangkut payment dengan dia, yang dah dibuat. Surat lawyer? Dah banyak yang hantar sebenarnya,” katanya.
Amir turut meluahkan kekesalan apabila mendapati individu terbabit masih menjalani kehidupan mewah tanpa sebarang tindakan diambil.
“Dia masih duk kat rumah, shopping, bercuti lagi tuan-tuan dan puan-puan,”tulis Amir di Facebook.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Dalam nada sebak, Amir menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak mahu mencetuskan sebarang konflik, tetapi terpaksa bersuara kerana desakan hidup dan keperluan harian yang semakin mendesak.
“Kalau dilihat dengan mata zahir, memang saya tidak kuat, lagi-lagi untuk mendesak orang kaya menyelesaikan amanahnya kepada orang yang tidak kaya iaitu diri saya sendiri. Tapi kenapa saya jadi macam ni? Sebab saya tengah memerlukan hak saya yang seolah seperti dinafikan,” luahnya.
Menurutnya, wang tersebut diperlukan segera untuk menampung kos rawatan dan keperluan asas keluarga seperti susu anak, lampin pakai buang, stoma bag dan ubat-ubatan.
“Saya nak pakai duit tu untuk beli pampers, susu, stoma bag, ubat-ubat, kos-kos lain yang berkait juga. Saya jadi berani macam ni sebab keadaan yang memaksa saya jadi berani.
Sebelum ini menerusi hantaran di media sosial, Amir memaklumkan bapanya mempunyai penyakit kanser usus yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.








