Pelaburan Nvidia RM10 bilion, bukti PM bukan sembang kosong | The Reporter

Pelaburan Nvidia RM10 bilion, bukti PM bukan sembang kosong

Perdana Menteri Malaysia bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia sambil memegang bingkai gambar bangunan berteknologi tinggi.
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, simbol kerjasama teknologi antara Malaysia dan gergasi AI dunia.

Malaysia bakal menjadi hab kecemerlangan kecerdasan buatan (AI) di ASEAN menerusi pelaburan mega bernilai RM10 bilion hasil kerjasama strategik antara syarikat gergasi teknologi global, Nvidia dan syarikat tempatan, YTL.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu hantaran di Instagram berkata, projek ini akan membangunkan infrastruktur pusat data AI berasaskan tenaga hijau, penggunaan unit pemproses grafik (GPU) berkuasa Nvidia serta penciptaan model bahasa raya (LLM) berdaulat khusus untuk Malaysia. YTL turut komited membina keseluruhan ekosistem AI bersama rakan teknologi dan pembekal tempatan.

Baca juga:

Bukan lagi ‘Sembang Kosong’, bukti hasil perjumpaan PM

Perkembangan ini susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang sebelum ini.

“Inilah bukti bahawa setiap perbincangan dan perjumpaan YAB PM di peringkat antarabangsa bukan sekadar ‘sembang kosong’, tetapi adalah permulaan kepada pelaburan yang bakal mengubah landskap ekonomi dan teknologi negara,” kata Zafrul.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus berkongsi lebih banyak inisiatif seumpamanya di bawah siri #DariPotensiKeRealiti yang menampilkan projek berimpak tinggi hasil usaha diplomasi ekonomi Malaysia.

Sumber: Instagram Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Related Posts