Warga Singapura dakwa rakyat Malaysia kedekut?
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 bakal diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025, seorang pengguna X dari Singapura mencetuskan kontroversi apabila menyindir rakyat Malaysia kononnya enggan berkongsi petrol bersubsidi.
Dalam ciapan yang meraih lebih 122,000 tontonan, individu berkenaan menulis:

“Kami orang Singapura bagi rakyat Malaysia kerja, tapi kamu terlalu kedekut untuk kongsi petrol. Inilah mentaliti rakyat Malaysia, sebab itu kamu jauh ketinggalan.”
Kenyataan itu pantas mengundang kemarahan netizen yang menyifatkannya sebagai dangkal, angkuh dan tidak memahami konsep subsidi negara.
Baca juga:
- Lelaki hina anggota bomba Sandakan mohon maaf
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
Netizen ‘sound’ balik, termasuk dari Singapura sendiri
Rata-rata rakyat Malaysia tampil mempertahankan dasar kerajaan yang memperuntukkan subsidi hanya untuk warganegara. Malah, beberapa pengguna dari Singapura turut menyelar kenyataan biadab tersebut.
“Minyak kami disubsidi kerajaan. Pekerjaan di negara kamu pula terbuka untuk semua. Mana adil nak samakan?” – @NazrinAmri
“Kalau banyak cakap, bagi sajalah baucar CDC kamu tu pada rakyat Malaysia. Kongsi juga subsidi kamu!” – @IMSeeCH (warga Singapura)
Seorang lagi menempelak, “Kononnya jauh lebih maju, tapi masih berebut minyak subsidi rakyat Malaysia. Tingkah laku macam penjajah.” – @shah_rymie
Isu subsidi bukan boleh dibuat main

Ramai turut mengingatkan bahawa petrol bersubsidi ditanggung hasil cukai rakyat Malaysia dan bukan untuk warga asing. Ada yang menyindir warga Singapura yang sanggup beratur panjang dan ‘goncang kereta’ semata-mata mahu isi minyak lebih.
“Ngaku negara paling hebat, tapi tiap minggu datang Malaysia isi RON95. Siap goncang kereta macam nak halau hantu. Tapi kami yang kamu kata ketinggalan?” – @wanahmadjargon
Kesimpulannya jelas, subsidi bukan hak sesiapa melainkan rakyat Malaysia.
Sumber: X Avid Wizard








