PM jawab desakan ‘Turun Anwar’
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan pembangkang yang mahu beliau melepaskan jawatan, kecuali jika terbukti beliau menyeleweng wang rakyat.
“Saya tak akan turun, saya bukan curi duit rakyat,” tegasnya sambil menjelaskan bahawa setiap dasar kerajaan di bawah kepimpinannya dilakukan secara telus dan demi kepentingan rakyat.
Beliau turut mengkritik budaya lama yang memberi projek tanpa tender, sambil menyatakan pentadbirannya kini mengutamakan integriti dan reformasi.
Baca juga:
- ‘Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap’ – Dr Akmal Saleh
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
Hormati proses Parlimen
Mengulas perancangan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini oleh Dewan Pemuda Pas, Anwar berkata beliau tiada masalah dengan kritikan selagi dilakukan mengikut saluran sah seperti Parlimen.
“Kalau ada cukup sokongan, silakan bawa usul di Parlimen. Kalau saya kalah, saya undur diri dengan baik. Itu cara terhormat,” katanya, sambil mengingatkan bahawa mandat rakyat perlu dihormati sehingga pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga menyelar pihak yang terus membangkitkan isu-isu lama terhadap dirinya dan menegaskan beliau tidak akan melindungi mana-mana pemimpin jika terbukti salah laku, termasuk mereka yang memiliki kekayaan luar biasa.
Sumber: Sinar Harian








