Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat akan membuat satu pengumuman besar dalam masa terdekat, sama ada Isnin atau Selasa ini bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat.
Menurut Anwar, langkah yang bakal diumumkan itu disifatkan sebagai satu bentuk penghargaan luar biasa kerajaan kepada rakyat, namun masih dalam peringkat pemantapan bersama Kementerian Kewangan.
“Tunggu… kalau tak Isnin, Selasa ini. Pengumuman mesti besar. Sekarang kita tengah mantapkan dulu apa yang nak diumumkan,” katanya.
Baca juga:
- MMN bantah cadangan kemasukan terbuka jururawat Indonesia
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
Kos sara hidup jadi fokus utama
Anwar mengakui bahawa tekanan kos sara hidup kini bukan hanya dialami rakyat Malaysia, malah berlaku di seluruh dunia. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sedang mencari ikhtiar terbaik untuk memberi manfaat segera kepada rakyat.
“Nak naik gaji dan elaun penjawat awam RM10 bilion, campur STR RM13 bilion, jadi RM23 bilion. Setiap hari pegawai Kementerian Kewangan bergelut cari cara,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Sebelum ini, Anwar pernah memberi bayangan dalam satu hantaran di Facebook bahawa satu “penghargaan luar biasa” akan diumumkan sebagai inisiatif istimewa kepada rakyat Malaysia. Namun, setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai bentuk bantuan atau dasar tersebut.
Sumber: Harian Metro








