‘CEO Batu’ akan didakwa atas kes melibatkan remaja bawah umur | The Reporter

‘CEO Batu’ akan didakwa atas kes melibatkan remaja bawah umur

Pempengaruh 'CEO Batu' yang akan dihadapkan ke mahkamah atas kes melibatkan remaja bawah umur
‘CEO Batu’ akan didakwa dua hari berturut-turut atas kes membabitkan mesej terhadap remaja bawah umur

Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai ‘CEO Batu’ bakal berdepan dua pertuduhan jenayah seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, susulan siasatan polis yang dimulakan sejak Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pertuduhan pertama akan dibuat pada Khamis ini di Mahkamah Ampang mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa.

Pada keesokan harinya, Jumaat, suspek akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Selayang, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit.

Baca juga:

Suspek pernah ditahan sebelum ini pada 22 Mei di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan direman selama empat hari. Tempoh reman itu kemudian disambung sehari lagi bagi melengkapkan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati gangguan seksual bukan fizikal itu dipercayai bermula awal Mei, apabila remaja terbabit menerima mesej berunsur lucah yang didakwa dihantar oleh suspek.

Antara mesej perbualan tidak senonoh CEO Batu dengan mangsa | Kredit gambar: Malaysia Dateline

Tular sebelum ini di media sosial beberapa tangkap layar mesej tidak senonoh melibatkan seorang pempengaruh lelaki dan seorang remaja perempuan, yang kemudiannya mengundang kemarahan ramai serta desakan agar tindakan undang-undang segera diambil.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts