'Kalau bukan binti Zainal Abidin, bukan anak saya', Zainal Abidin enggan layan dakwaan anak | The Reporter

‘Kalau bukan binti Zainal Abidin, bukan anak saya’, Zainal Abidin enggan layan dakwaan anak

Zainal Abidin memilih untuk tidak melayan dakwaan anaknya, Timur Gabriel, mengenai hubungan mereka yang dikatakan dingin.
Zainal memilih untuk menyerahkan segalanya pada Allah. Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi legenda tanah air, Datuk Zainalabidin, 65, memilih untuk tidak membalas atau mengulas lanjut kenyataan anak perempuannya yang juga pempengaruh media sosial, Timur Gabriel, mengenai hubungan dingin mereka.

Menurut Zainal, tiada penjelasan perlu diberikan berhubung dakwaan Timur yang mendakwa mereka sudah lama tidak berhubung dan Zainal tidak menunjukkan usaha memulihkan hubungan tersebut.

“Kalau saya nak jawab, saya jawab. Tapi sebenarnya, tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa saja dia mahu. Namun, bagi saya, anak saya mesti bernama ‘binti Zainal Abidin’.

“Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu saja jawapan saya,” katanya.

Zainal turut menegaskan bahawa beliau tidak percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan anaknya itu, namun memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui. Itu pandangan peribadi saya,” katanya.

Penyanyi lagu Hijau itu juga menyatakan bahawa beliau tidak perlu membuka kisah peribadi kepada umum kerana reputasinya sebagai artis sudah lama terjaga.

“Saya bukan ‘TikToker’ yang kejar duit. Saya penyanyi. Saya anak seni dan saya berjaya. Saya tidak perlukan orang seperti itu di sekeliling saya.”

Sebelum ini, Timur menerusi podcast Head Over Heels mendedahkan dirinya terkilan apabila bapanya, Zainal, seolah-olah tidak berminat mengetahui perkembangannya dan mereka sudah lama tidak berhubung.

Sumber: Harian Metro

Related Posts