Syazwan Zulkifly tegur generasi muda lembik, sikit-sikit cakap ada anxiety | The Reporter

Syazwan Zulkifly tegur generasi muda lembik, sikit-sikit cakap ada anxiety

Syazwan Zulkifly tersenyum dalam sut hitam di luar lokasi rakaman
Syazwan Zulkifly cetus perdebatan hangat selepas ulas sikap generasi muda dalam satu episod podcast

Zaman semakin moden, tetapi pandangan antara generasi nampaknya masih jauh berbeza. Baru-baru ini, pelakon Syazwan Zulkifly menjadi perhatian apabila tampil memberi pandangan berani tentang sikap generasi muda hari ini dalam satu episod podcast.

Syazwan mencetuskan perbualan hangat netizen selepas video kenyataannya dalam Cerita Malam Jumaat tular di media sosial sejak 23 Mei lalu. Dalam episod itu, dia menyifatkan anak muda zaman sekarang terlalu manja dan cepat mengaku alami masalah kesihatan mental seperti anxiety.

Antara petikan dialog asal yang diungkapkan Syazwan:

@ceritamalamjumaat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly

♬ original sound – Cerita Malam Jumaat – Cerita Malam Jumaat

“Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah. Tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?”

“Saya rasa pengalaman macam tu yang membuatkan mereka menjadi kuat sampai sekarang.”

“Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita. Manja, sikit-sikit cakap ada anxiety.”

“Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis. Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety.”

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang setuju dan berkata Syazwan hanya bercakap berdasarkan pengalaman. Namun, ramai juga tak setuju dan menganggap pandangannya terlalu umum dan tak sensitif terhadap isu kesihatan mental.

“Sebenarnya, ramai yang dulu pun ada anxiety. Cuma masa tu tak tahu dan tak ada siapa nak mendengar. Sekarang bila orang berani bercakap, terus dicop lembik,” tulis seorang netizen.

Ramai juga mengingatkan, walaupun niat asal sekadar nak tegur, ia boleh mewujudkan stigma dan menakutkan orang yang betul-betul sedang berjuang dengan masalah mental.

Apa pandangan anda? Adakah kenyataan Syazwan sekadar teguran biasa atau terlalu memandang ringan soal kesihatan mental?

Related Posts