'Kalo keno butir mato, buto', Ibu bapa kecewa, anak cedera dibaling kotak pensel oleh guru | The Reporter

‘Kalo keno butir mato, buto’, Ibu bapa kecewa, anak cedera dibaling kotak pensel oleh guru

Seorang bapa menunjukkan luka di kepala anaknya selepas terkena kotak pensel yang dibaling oleh guru.
Bapa pelajar menunjukkan luka di kepala anaknya yang didakwa dibaling kotak pensel oleh guru.

Sepasang suami isteri meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan seorang guru di sekolah anak mereka yang didakwa telah membaling kotak pensel ke arah kepala anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Caprice, kanak-kanak berkenaan memaklumkan bahawa semasa kejadian, guru terbabit memanggilnya, namun dia melarikan diri. Tanpa disedari, guru itu kemudiannya bertindak membaling kotak pensel ke arahnya.

“Kalau kena mata, boleh jadi buta,” kata bapanya.

Ibu kepada kanak-kanak itu pula menyatakan bahawa insiden berkenaan berkemungkinan menyebabkan anaknya trauma untuk ke sekolah.

“Cikgu tu kena fikir, mungkin lepas ni dia akan trauma nak ke sekolah.

“Saya tak kisah sangat benda ni, tapi ni sampai pecah kepala. Dah melebih,” katanya.

Bapanya turut memaklumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap guru tersebut agar kejadian sebegini tidak berulang dan menjadi pengajaran.

“Maaf tetap maaf, tapi biar bagi pengajaran,” katanya.

Related Posts