Tuntutan hutang RM4.65 Juta: Fazura & Ahmad Faiz lantik peguam, fail kehadiran di mahkamah | The Reporter

Tuntutan hutang RM4.65 Juta: Fazura & Ahmad Faiz lantik peguam, fail kehadiran di mahkamah

Nur Fazura, selebriti dan usahawan, dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman RM4.65 juta
Nur Fazura dan Ahmad Faiz memfailkan memorandum kehadiran berhubung isu tuntutan hutang berjumlah RM4.65 juta. Gambar: Instagram Tudung Fazura.

Baru-baru ini tular dakwaan melibatkan seorang selebriti yang juga usahawan, berdepan dengan tuntutan hutang berjumlah RM4.65 juta oleh sebuah kilang pembekal tudung.

Dalam kenyataan tersebut, Nur Fazura dinamakan sebagai defendan keempat, manakala abangnya, Ahmad Faiz, sebagai defendan ketiga.

Walaupun isu ini sudah tersebar luas di media sosial, selebriti berkenaan dilihat memilih untuk berdiam diri dan terus memuat naik aktiviti hariannya seperti biasa.

Memetik laporan dari BuzzKini, abang Fazura, Ahmad Faiz, dikatakan telah melantik firma guaman bagi mewakili mereka dalam isu ini.

Firma guaman Tetuan Low & Partners telah memberikan maklum balas terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh kilang berkenaan, iaitu Obor Holding, dan memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak kedua-dua defendan.

Salinan Memorandum Kehadiran bagi Faiz dan Fazura yang difailkan pada 5 dan 7 Mei turut disertakan bersama surat tersebut.

Related Posts