Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, yang mendakwa negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, ‘tiada wang’ dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.
Anwar menyifatkan kenyataan itu sebagai angkuh dan memperlihatkan kejahilan terhadap realiti semasa rantau ini.
Menurut Anwar, pandangan O’Reilly mencerminkan sikap sempit yang terperangkap dalam pemikiran imperialis, bersifat xenofobia serta sarat dengan elemen perkauman dan Islamofobia.
- BERSATU pandang serius kenyataan Presiden PAS
- ‘PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU’ – Hadi Awang
- ‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
- Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
- Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
“Ini satu gambaran sikap ekstrem keangkuhan sesetengah orang yang dangkal ilmu. Mereka anggap hanya negara mereka sahaja yang berjaya,” katanya memetik laporan Bernama.
Kenyataan O’Reilly itu dilontarkan ketika mengulas lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja, yang bertujuan memperkukuh hubungan dagang dan diplomatik di rantau ini.
Lawatan rasmi Xi ke Malaysia baru-baru ini menyaksikan hubungan kedua-dua negara ditingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif dengan pertukaran 31 dokumen perjanjian dan MoU.
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1974 dan tahun lalu memperingati ulang tahun ke-50 hubungan tersebut.
Sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM484.12 bilion pada tahun 2023, merangkumi hampir 17 peratus daripada jumlah dagangan global negara.








