Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu paparan Jalur Gemilang yang tidak lengkap bukan perkara kecil, sebaliknya perlu dipandang serius kerana ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara.
Menurut Anwar, bendera bukan sekadar lambang semata-mata, sebaliknya ia membawa maksud yang besar kepada identiti sesebuah negara.
“Dalam mana-mana negara pun, bendera adalah simbol yang sangat penting. Ini bukan isu ringan. Kita perlu biarkan proses undang-undang berjalan,” katanya memetik laporan Bernama, Jumaat, 18 April 2025.
- BERSATU pandang serius kenyataan Presiden PAS
- ‘PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU’ – Hadi Awang
- ‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
- Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
- Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
Beliau mengulas insiden di mana akhbar tempatan Sin Chew Daily menyiarkan imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit di muka hadapan akhbar itu, dalam liputan berkaitan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Anwar turut menasihatkan agar tindakan yang diambil terhadap kes itu tidak dilakukan secara berlebihan atau di luar kewajaran.
“Jangan sampai nampak kita bertindak melampau hanya sebab tekanan. Ikut saluran undang-undang yang betul,” ujarnya lagi.
Insiden tersebut turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegur secara terbuka pihak pengurusan dan editorial akhbar itu kerana gagal menyemak kandungan sebelum dicetak.
Sebagai respons, Sin Chew Daily telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.








