'Tiru bulat-bulat gaya Cik Epal?' – Netizen pertikai penampilan isteri baru Jofliam | The Reporter

‘Tiru bulat-bulat gaya Cik Epal?’ – Netizen pertikai penampilan isteri baru Jofliam

Dewi dan Jofliam bersama anak-anak, serta perbandingan penampilan mereka dengan Cik Epal sewaktu bercuti di luar negara.
Penampilan Dewi bersama Jofliam kini dibandingkan dengan gaya Cik Epal oleh netizen, mencetuskan perdebatan tentang identiti fesyen dan gaya hidup.

Sejak berkahwin dengan usahawan pizza Jofliam pada 5 April lalu, nama Dewi terus menjadi perhatian. Belum pun reda dakwaan dirinya sebagai orang ketiga, kini timbul pula isu lain yang hangat diperkatakan netizen.

Tular di media sosial, ramai mendakwa penampilan Dewi kini sangat mirip dengan bekas isteri Jofliam, iaitu Cik Epal. Perkara itu mula jadi bualan selepas pengguna Thread @Halina Kamaludin memuat naik perbandingan gaya kedua-dua wanita tersebut.

Menurut netizen, dari cara bertudung, padanan warna pakaian sehinggalah gaya bergambar, semuanya dilihat seolah-olah ditiru satu per satu. Malah ada yang mengatakan Dewi kini seolah-olah hidup dalam bayangan Cik Epal.

“Tak ada identiti sendiri,” tulis salah seorang netizen. Malah ada juga yang mendakwa Dewi mungkin sekadar mengikut arahan suami berdasarkan cita rasa lama ketika bersama bekas isteri.

Menambah panas suasana, ada netizen yang mengimbas kembali kenyataan lama Cik Epal yang pernah mendedahkan bahawa setiap pakaian dan gaya dirinya dahulu ditentukan sepenuhnya oleh Jofliam.

Disebabkan itu, ramai mula mempersoalkan — adakah Dewi benar-benar menjadi diri sendiri, atau hanya mengikut acuan yang pernah ditetapkan buat wanita lain sebelum ini?

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan berpisah tahun lalu selepas sedekad bersama. Mereka dikurniakan dua anak, Han dan Yuki.

Jofliam kemudiannya berkahwin dengan Dewi dalam satu majlis tertutup di Ampang yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Related Posts