Wanita kongsi detik cemas kereta dihempap gajah di Gerik | The Reporter

Wanita kongsi detik cemas kereta dihempap gajah di Gerik

Kereta dihempap gajah
Rakaman dashcam detik cemas ketika gajah mengampiri kereta mangsa. Gambar: Tangkap layar TikTok Anif Auni

Seorang wanita berkongsikan detik cemas apabila kereta yang dinaikinya bersama keluarga hampir musnah selepas diserang seekor gajah di Jalan Gerik beberapa hari lalu.

Ketika kejadian berlaku, katanya keadaan jalan sangat sunyi dan gelap tanpa sebarang kenderaan memberikan isyarat lampu tinggi (sebagai tanda amaran bahaya). Sekumpulan gajah dilihat cuba melintas dari arah kanan ke kiri jalan sebelum terganggu akibat sebuah kenderaan yang memecut laju dan menghampiri sekumpulan gajah tersebut.

Difahamkan, 12 ekor gajah berada di kawasan berkenaan semasa insiden berlaku.

https://www.tiktok.com/@kaqeida/video/7489936328134610194

“Kami sangka hanya lima ekor, rupanya 12. Waktu tu, bunyi hempapan sangat menakutkan. Alhamdulillah Allah SWT masih lindungi kami sekeluarga

“Kami dah berhenti dan matikan lampu besar sebab tak nak kacau gajah, tapi tiba-tiba satu kereta laju datang dan halang pergerakan gajah. Seekor gajah berlari nak kejar kereta tu, tapi akhirnya kami yang kena hempap,” katanya.

Kembali menyerang

Lebih mendebarkan apabila gajah tersebut dipercayai beberapa kali menghentak kereta mangsa sebelum beredar, namun berpatah balik dan kembali menyerang.

Bagaimanapun, wanita ini akui semua pengguna jalan raya ketika itu panik berdepan dengan detik cemas.

“Ada yang tanya kenapa tak pergi atau reverse memang tak sempat berlaku sekelip mata,rasanya kalau tak halang laluannya dia tak mengamuk,sepatutnya kereta tu reverse tapi faham semua dalam keadaan panik dan break mengejut.

“Radio langsung tak on, duk dalam hutan jaga adab tak berhenti berzikir moga dilindungi,tapi mungkin ujian bagi kami sekeluarga. Selamat pun dah syukur. Alhamdulillah, harta boleh cari,nyawa tiada ganti. Masa kereta kena hempap tu hanya berserah minta Allah lindungi dan permudahkan urusan kami,jangan uji di luar kemampuan kami,” tambahnya.

Ekoran insiden berkenaan, beberapa bahagian kereta mangsa remuk di bahagian bonet depan kereta dan kedua-dua cermin sisi juga patah. Walaubagaimanapun, mangsa tetap meneruskan perjalanannya dari Gerik ke Pasir Mas dengan berpandukan garisan jalan dan bantuan cahaya dari kenderaan lain.

Perkongsian video dari Anif Auni telah meraih 3.8 juta tontonan dan rata-rata netizen mengucapkan syukur atas keselamatan keluarga berkenaan serta menzahirkan simpati atas dugaan yang dilalui mangsa sekeluarga.

Related Posts