Luahan penuh pilu itu terkeluar dari mulut Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, selepas kehilangan tiga insan tersayang serentak dalam satu nahas tragis berhampiran Terowong Menora, Perak, Ahad lalu.
Isterinya, Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, yang sedang hamil lapan bulan serta anak perempuan mereka, Naira Falisha berusia dua tahun, meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan menyebabkan dua beranak itu tercampak keluar dari kenderaan.
Mangsa hembus nafas terakhir di ICU
Kata-kata menyayat hati itu didedahkan abang kepada arwah, Mohd Hafeez Badrul Hisham, 32, yang menceritakan detik terakhir adik iparnya sempat bertemu isteri dan anak sebelum mereka pergi buat selamanya.
“Adik ipar dibawa berjumpa isteri saat sebelum isterinya menghembuskan nafas terakhir di ICU. Kemudian dia dibawa sekali lagi ke bangunan forensik untuk lihat arwah isteri dan dua anaknya.
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
“Sepertimana dikongsi di media sosial, itulah yang diungkapkan adik ipar kepada isterinya. Dia mengatakan – ‘Kenapa you tinggalkan I, you bawa semua anak-anak, tak tinggal satu pun untuk I’,” katanya memetik laporan Sinar Harian, 4 April 2025.
Kandungan 8 bulan tak dapat diselamatkan
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Abdul Rahman terbabas di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas keluar dari Terowong Menora.
Naira Falisha maut di lokasi kejadian, manakala Nur Fatihah yang parah meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekitar jam 9 pagi keesokan harinya. Kandungan lapan bulan yang dibawanya turut tidak dapat diselamatkan.
Mohd Hafeez memaklumkan Abdul Rahman telah menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hospital, namun masih dalam pemantauan kesihatan dan emosi yang sangat terkesan.
“Di hospital dia keseorangan, jadi pihak hospital benarkan dia keluar supaya ahli keluarga dapat beri sokongan moral. Dia sangat sedih sekarang,” katanya.
Beberapa barangan berharga milik arwah hilang
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mereka pada asalnya merancang untuk beraya di kampung ayah di Kuala Kedah. Nur Fatihah pulang lebih awal ke sana bersama suami dan anak, sebelum dalam perjalanan ke Tanjung Malim untuk beraya dengan keluarga sebelah suami.
Tambahnya lagi, pihak keluarga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berkaitan kemalangan tersebut termasuk isu kehilangan beberapa barangan berharga milik arwah.
“Setakat ini belum buat laporan sebab kami fokus kepada urusan lebih penting dulu, termasuk pengebumian, urusan keluarga dan di Jabatan Pendaftaran Negara,” jelasnya.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang apabila kereta dinaiki keluarga itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke dalam longkang.
Rakaman dashcam yang tular menunjukkan mangsa wanita dipercayai digilis kenderaan lain selepas tercampak keluar. Kenderaan tersebut tidak berhenti dan terus berlalu. Polis kini sedang meneliti rakaman CCTV milik PLUS dan meminta pemandu terlibat tampil membantu siasatan.








