Selepas tular kekecohan antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga belon di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), muncul pula dakwaan baharu yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi satu komen tular di media sosial, terdapat dakwaan segelintir penjual belon tanpa lesen di kawasan berkenaan menggunakan taktik memaksa orang ramai membeli belon dengan menyasarkan golongan kanak-kanak.

Dakwaan tersebut dipercayai merujuk kepada taktik sesetengah penjual yang memberikan belon kepada kanak-kanak terlebih dahulu, sebelum memaksa ibu bapa membuat bayaran kerana anak mereka sudah memegangnya dan tidak mahu melepaskan.
- Kisah lelaki Johor temui makna kehidupan di Terengganu
- MMN bantah cadangan kemasukan terbuka jururawat Indonesia
- Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
“Penjual belon tak nak kerjasama. Ada aduan yang mendakwa mereka berniaga sambil memeras. Mereka hulur belon kepada anak-anak. Sukalah budak-budak tu, tetapi tTakkan dilepas lagi. Jika tidak, mereka akan menangis atau mengamuk. Nak tak nak, ibu bapa terpaksa bayar walaupun dengan harga RM20,” tulis seorang pengguna Facebook.


Sebelum ini, ramai netizen yang menyuarakan rasa simpati terhadap peniaga belon terbabit susulan tindakan rampasan barangan oleh penguat kuasa DBKL. Namun dakwaan ini memberi sudut pandang yang berbeza mengenai operasi tersebut.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan isu ini, namun orang ramai mula memperdebatkan semula sama ada tindakan tegas terhadap peniaga tanpa lesen menjelang Aidilfitri itu wajar atau tidak.








