Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bermain mercun mungkin nampak menyeronokkan, tetapi tanpa kebenaran, ia sebenarnya satu kesalahan serius yang boleh membawa padah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya menyalakan mercun kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, kebakaran dan menggugat ketenteraman awam.
“Main mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Menurut beliau, tahun ini sudah ada dua kes serius melibatkan kanak-kanak cedera akibat mercun — seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Kedah cedera di tangan dan muka, manakala seorang remaja lelaki di Kelantan putus tiga jari akibat mercun buatan sendiri.
- Remaja lelaki 15 tahun maut dirempuh dua motosikal
- Anggota Trafik cedera dirempuh Hilux ketika iring Delegasi ASEAN
- Kecurian kabel jejas operasi tren laluan Putrajaya
- DBP tegaskan penguasaan Bahasa Melayu perlu jadi keutamaan
- ‘Dia hilang mak di usia 5 tahun, kini anak di usia 22’
“Kes-kes ini membuktikan betapa bahayanya mercun, terutamanya jika ia dimainkan tanpa pemantauan. Ibu bapa juga perlu lebih peka dan awasi anak-anak mereka,” katanya lagi.
Selain risiko kecederaan, bunyi letupan mercun boleh mengganggu ketenteraman — termasuk bayi, orang tua dan pesakit. Malah, percikan api juga boleh menyebabkan kebakaran rumah, kenderaan atau kawasan berhutan.
Katanya, pihak polis akan bekerjasama dengan agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan untuk menggiatkan kempen kesedaran di sekolah, masjid serta platform media sosial.
“Rayakanlah perayaan dengan cara yang lebih selamat seperti sertai pertunjukan cahaya, main permainan tradisional atau adakan majlis keluarga — tak perlu mercun,” ujarnya.








