Sebak! Warga emas berkaki besi gigih menunggang motosikal | The Reporter

Sebak! Warga emas berkaki besi gigih menunggang motosikal

Warga emas berkaki besi
Warga emas berkaki besi ketika melalui Jalan Lenga – Pagoh. Gambar: Tangkap layar TikTok Remaja senja

Segala nikmat yang kita perolehi setiap hari perlu disyukuri setiap masa kerana ada sesetengah insan yang diuji dengan kekurangan diri.

Kadangkala kita perlu melihat sekeliling untuk mengetahui perkembangan yang berlaku ke atas sesiapa sahaja.

Dalam satu video tular, seorang pengguna TikTok berkongsikan satu video seorang warga emas yang menunggang motosikal seorang diri. Apa yang menyentuh hati apabila melihat warga emas berkenaan berkaki besi ketika melalui Jalan Lenga – Pagoh.

https://www.tiktok.com/@azmiyangsebenar/video/7482723271687867656?lang=en

Menerusi ruangan komen, seorang wanita yang dipercayai anak kepada warga emas berkenaan memaklumkan, bapanya telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Doktor memaklumkan, kaki bapanya hancur dan tidak dapat disambug semula.

“Ayah kemalangan semasa nak pergi kerja kilang dengan mak. Doktor kata, kaki ayah tak dapat diselamatkan, kakinya hancur dan tak dapat disambungkan balik.

“Dia trauma jugak bila dapat tahu kaki dia sebelah dah tak ada,” katanya.

Ramai yang mendoakan perjalanan warga emas ini dipermudahkan dan sentiasa sihat selalu disamping keluarga.

Related Posts