Buang sampah pukal tak terkawal, Kelantan kenakan denda maksimum RM2,000 | The Reporter

Buang sampah pukal tak terkawal, Kelantan kenakan denda maksimum RM2,000

Kelantan
Semua tapak pelupusan sampah pukal di Kelantan akan dibuka 24 jam sepanjang Ramadan dan persiapan Aidilfitri bagi memastikan pembuangan sampah lebih teratur. Gambar hiasan, FB MDT

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda sehingga RM2,000 kepada individu yang membuang sampah pukal secara tidak terkawal, terutama menjelang Aidilfitri pada awal April nanti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, semua tapak pelupusan sampah pukal di Kelantan akan dibuka 24 jam sepanjang Ramadan dan persiapan Aidilfitri bagi memastikan pembuangan sampah lebih teratur.

Langkah ini ujarnya bertujuan untuk mengelakkan sampah pukal dibuang ke dalam tong sampah domestik, yang boleh menyebabkan masalah kebersihan.

“Mereka yang membuang sampah pukal ke dalam tong sampah biasa boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Kerajaan negeri juga menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah pukal dengan bayaran RM20 bagi setiap lori untuk mengangkut barangan besar seperti tilam, perabot, peti sejuk dan televisyen,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghubungi pihak berkuasa tempatan sebelum membuang sampah pukal di kawasan kediaman mereka bagi mengelakkan dikenakan denda.

Selain itu juga, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk membuang sampah pukal pada waktu siang bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sumber: Malaysia Kini

Related Posts