Kanak-kanak tular yang menghidap sindrom caudal regression, mendapat perhatian ramai. Rata-rata sebak melihat kesungguhan dan usaha kanak-kanak ini yang begitu bersemangat ke sekolah.
Walaupun baru sahaja memasuki pra persekolahan, dia tidak bosan untuk ke sekolah.
Kisahnya yang tular itu juga membuatkan orang ramai bersimpati dan menghulurkan sumbangan. Tidak terkecuali, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Nelysa Norazlan sudi memberikan hadiah permainan buat si kecil ini.
Kelihatan si kecil sangat gembira bermain dengan jengkaut (excavator digging) yang dihadiahkan padanya.
Menerusi hantaran di TikTok ibunya Siti Azah, anaknya yang mesra dipanggil Adik itu turut gembira apabila beberapa menyambut kedatangan beberapa pegawai polis yang datang ke sekolah dengan menaiki kereta peronda polis dan membunyikan siren sebaik tiba di sekolah.
Adik atau nama sebenarnya Muhammad Shairid diberi peluang oleh pegawai polis untuk duduk di tempat pemandu dan memegang stereng kereta. Kelihatan wajahnya sangat ceria dan gembira pada hari tersebut.
Terdahalu, Siti Azah berkongsikan gelagat anaknya yang memasuki pra sekolah dan mencuri tumpuan ramai. Siti Azah tidak henti-henti memberikan sokongan buat anaknya. Walaupun serba kekurangan, namun anaknya dilihat seperti insan sebayanya yang bersemangat untuk bersekolah.








