Sekolah & kantin beroperasi seperti biasa di sepanjang Ramadan | The Reporter

Sekolah & kantin beroperasi seperti biasa di sepanjang Ramadan

Sekolah dan kantin tetap beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sesi persekolahan dan operasi kantin sekolah akan berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak disarankan merujuk dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM dan tiada perubahan dalam waktu persekolahan kerana ia tidak memberi kesan kepada waktu berbuka puasa.

“Sekolah dan kantin tetap beroperasi seperti biasa. Nak balik awal pun buat apa, bukan boleh buka puasa awal pun,” katanya secara berseloroh.

Fadhlina menjelaskan, garis panduan persekolahan sepanjang Ramadan telah disediakan dan boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak.

“Kita ada garis panduan. Semua pihak boleh merujuk dan mengikut perkara yang telah ditetapkan berkaitan Ramadan ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun, KPM bersedia meneliti sebarang keperluan khas jika ada perkara tertentu yang memerlukan perhatian.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Related Posts