Seorang pekerja ladang berusia 45 tahun maut selepas dipercayai ditendang oleh seekor lembu ketika cuba mengganggu haiwan ternakan itu di sebuah ladang di Brazil.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di kawasan luar bandar Laje da Jiboia, berhampiran Samambaia, dekat ibu negara Brasilia, pada Rabu lalu.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tanah, lengkap memakai kondom dengan bungkusan yang telah dibuka berdekatan badannya. Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang mengejutkan itu.
Minum bersama sebelum kejadian
Seorang rakan sekerja memberitahu pihak polis bahawa mereka telah minum bersama sehari sebelum kejadian. Mangsa kemudian bangun seawal jam 5 pagi untuk memerah susu lembu. Namun, dia tidak kembali selepas menghantar hasil perahan pertama kepada majikannya.
Ketika mencari mangsa, rakannya menemui lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri di sebelah salah seekor lembu. Dalam usaha menggerakkan tubuh mangsa, dia mendapati kondom dipakai oleh mangsa, menimbulkan spekulasi bahawa lelaki itu cuba mengganggu haiwan berkenaan.
Siasatan polis
Polis mendapati kemungkinan besar mangsa ditendang di kepala oleh lembu tersebut, yang menyebabkan mangsa maut serta-merta. Pasukan perubatan kecemasan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa mengalami serangan jantung dan gagal diselamatkan meskipun usaha menyelamat dijalankan.
Kejadian melibatkan haiwan ternakan bukan pertama kali berlaku. Pada Jun tahun lalu, seorang pembersih di Madrid ditangkap kerana didakwa cuba mengganggu seekor kambing di sebuah hospital veterinar. Sementara itu, seorang pelancong Rusia di Thailand cedera parah selepas diserang lembu ketika cuba mengganggu haiwan berkenaan pada Ogos lalu.
Sumber: Daily Mirror








