Selepas memilih untuk berhijrah, selebriti ini sering menjadi tumpuan dan perhatian ramai. Selain penampilan beliau yang kini kelihatan lebih manis, ramai yang memuji setiap kata-kata yang dikongsikan oleh selebriti Nora Danish.
Baru-baru ini pula, pempengaruh yang dikenali sebagai Qawiy yang terkenal dengan konten tebuk mengaji telah meminta Nora Danish untuk menyambung ayat Al-Quran.
Qawiy kelihatan tergamam apabila melihat Nora mampu menghabiskan ayat-ayat dari Surah Al-Mulk.
Kata Nora, dia masih belajar dan masih belum menguasai hukum tajwid dengan baik, namun Qawiy memuji usaha yang dibuat oleh Nora.
Dalam pada itu, Nora turut berkongsikan amalan doa Nabi Daud, iaitu doa memohon cinta Allah.
“Penghijrahan ni atas doa korang jugak. Apa yang saya belajar, dekatkan diri selalu dengan Al-Quran kerana Al-Quran pendamping kita nantikan.
“Nora juga amalkan zikir ni (doa Nabi Daud) di mana zikir tu dekatkan diri kita dengan Allah dan dekatkan orang yang mencintai Allah dengan kita,” katanya.








