Kucing diseret pemiliknya hingga terkencing, telah diselamatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar | The Reporter

Kucing diseret pemiliknya hingga terkencing, telah diselamatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

kucing diseret pemiliknya

Dalam satu kejadian menyayat hati yang tular baru-baru ini, seekor kucing menjadi mangsa kekejaman apabila diseret oleh pemiliknya sehingga terkencing. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat, terutamanya pencinta haiwan.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam hantaran di Facebook, semalam memaklumkan, kucing tersebut telah diselamatkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

“Kami dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah segera menyelamatkan kucing tersebut untuk pemeriksaan lanjut. Lelaki yang terlibat kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Walaupun langkah awal telah diambil, kami mendesak agar siasatan ini diselesaikan segera dan pelaku dikenakan hukuman yang setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), Seksyen 29.

“Haiwan tidak mempunyai suara untuk mempertahankan diri mereka, dan adalah tanggungjawab kita untuk melindungi mereka daripada sebarang bentuk kekejaman,” kata SAFM.

@nanaisnanaaa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kucing telah diselamatkan oleh pihak tertentu. Pelaku belum ditangkap harap sesiapa yg pernah nampak incident ni tolong report polis skrg #kucing #kucingtiktok #scottgardensoho #haiwanpeliharaan #meow #cat #rescuecat #rescuecats #derakucing #pencintakucing #animalabusiveneedstostop #selamatkucing #kucingjalanan #viral #fyp #malaysiaterkini #malaysia #kopi

♬ original sound – Nana – Nana

Sementara itu, tular di TikTok video yang dimuat naik oleh pengguna Nana Is Nanaaa, menunjukkan tindakan pantas sepasukan anggota DVS yang telah menyelamatkan kucing berkenaan.

Sumber: SAFM, TikTok Nana

Related Posts