'10 minit lagi majlis nak mula, MUA tak datang' - Pengantin kecewa dianiaya | The Reporter

’10 minit lagi majlis nak mula, MUA tak datang’ – Pengantin kecewa dianiaya

MUA Syafikah

Pada hari penting seperti majlis perkahwinan, segala perancangan perlu berjalan lancar. Namun, dugaan melanda seorang bakal pengantin apabila jurusolek atau Makeup Artist (MUA) yang dijanjikan tidak hadir tepat pada waktunya, mencetuskan tekanan menjelang majlis bermakna itu.

Menurut kronologi yang dikongsikan, majlis dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang. Mengikut perjanjian asal, sesi solekan akan dimulakan seawal 1.20 petang, tetapi MUA memaklumkan akan tiba pada pukul 2.00 petang disebabkan kesesakan jalan raya.

@bellanawhen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Replying to @syazwanirahim.sr pelik² eh org mcm ni suka hati ja takmai. igt majlis main² kot 😵‍💫😌 #muascam

♬ original sound – Fadhilah Intan ✨ – Fadhilah Intan

Namun, hingga pukul 3.00 petang, kehadiran MUA tersebut masih tidak kelihatan, menyebabkan pengantin, Bella, terpaksa berdepan tekanan dan kekecewaan.

“Masa ini dah serabut, banyak alasan yang diberikan oleh MUA,” tulis Bella dalam perkongsiannya.

Lebih mengejutkan, MUA tersebut kemudiannya meminta nombor akaun untuk pemulangan wang tanpa sebarang permohonan maaf atas kelewatan tersebut.

“Katanya dah lambat, nanti mekap tak cantik sebab kalut-kalut,” jelas Bella.

Bakal pengantin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun MUA yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

“Jangan tertipu walaupun tengok akaun tu dah berbelas ribu followers,” katanya sambil menyatakan insiden seperti ini perlu dijadikan sebagai peringatan untuk semua.

Reaksi Netizen

Kejadian ini turut menarik perhatian netizen yang berkongsi pengalaman sama. Pengguna bernama Salwaaaa berkata, “Iya, saya pun kena scam dengan MUA yang sama awal bulan 10 hari tu. Report polis baru nak refund balik duit.”

Betty pula mempersoalkan tindakan MUA tersebut, “Dia kata orang scam guna gambar dia kan? Tapi kenapa dia refund ye? Maksudnya memang dia lah kan?”

Pengguna lain, Izuani, turut berkongsi pengalaman, “Awak area mana ye? Sebab masa saya nikah, MUA nama Syafikah juga cancel lagi seminggu nak nikah. Alasan anak kena HFMD, tapi saya tengok status dia, rupanya dia pergi makeup brides lain.”

Related Posts