'Apa salah anak saya sampai diperlakukan begini?' - Pelajar cedera dibuli rakan sekolah | The Reporter

‘Apa salah anak saya sampai diperlakukan begini?’ – Pelajar cedera dibuli rakan sekolah

Murid dibuli rakan sekolah

Buli di sekolah masih menjadi isu serius walaupun pelbagai langkah dan peringatan telah diambil oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa. Insiden ini terus berlaku, menunjukkan bahawa kesedaran dan tindakan lebih tegas masih diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

Semalam, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya setelah anak lelakinya menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah.

Dalam satu hantaran di media sosial, wanita tersebut berkongsi kejadian yang menimpa anaknya.

“Saya bukan nak mengadu simpati. Korang tengoklah sendiri. Apa salah anak saya sampai diperlakukan sebegini?” tulisnya.

Ibu kepada pelajar itu turut menjelaskan, pelaku dalam insiden tersebut merupakan rakan-rakan sekolah anaknya.

Akibat dipukul, anak lelakinya mengalami kecederaan di bahagian pinggang, hilang selera makan, demam, dan berasa takut untuk kembali ke sekolah.

“Umur (pelaku) baru 10 – 11 tahun dah nak jadi ketua gangster,” tambahnya lagi.

Walaupun pengadu tidak mendedahkan tarikh dan lokasi kejadian, ramai netizen menasihatinya untuk segera membuat laporan polis dan membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital untuk tindakan lanjut.

Related Posts