Hentikan spekulasi, Fazura nafi keluar kenyataan berhubung permohonan cerai | The Reporter

Hentikan spekulasi, Fazura nafi keluar kenyataan berhubung permohonan cerai

Pelakon Nur Fazura menafikan pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin, yang dibuat pada Jumaat lalu.

Menurut pengurusnya, Iman Tang berkata, Fazura menegaskan pihak pengurusannya dan peguam yang dilantik tidak pernah mendedahkan butiran permohonan cerai atau berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Iman menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi mengenai krisis rumah tangga Fazura dan Fattah.

Sebelum ini, media melaporkan Fazura telah memfailkan permohonan cerai secara baik daripada Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Namun, media hanya memetik sumber yang tidak dinamakan yang mendakwa permohonan perceraian itu difailkan oleh peguam yang mewakili Fazura.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Related Posts