Wanita warga India dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah | The Reporter

Wanita warga India dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah

Sumber Gambar: JBPM

Wanita warga India yang dilaporkan jatuh ke dalam lubang benam dipercayai dihanyutkan oleh arus deras di bawah tanah kerana mangsa dikatakan tidak kelihatan apabila terjatuh ke dalam lubang berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, operasi mencari dan menyelamat SAR pada awalnya memfokuskan di lokasi di mana mangsa terjatuh dan dipercayai wanita itu hanyut berikutan menemui ruangan air di bawah tanah.

Susulan itu katanya, usaha mencari dan menyelamat (SAR) memerlukan perancangan rapi dan perlu mengambil kira pelbagai factor termasuk keadaan gas di bawah tanah.

“Saya difahamkan ada aliran air yang deras sampai ke hujung sana (jalan) dan kita dah cover (cari) tengok sampai ke hujung tetapi tidak jumpa.

“Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.

“Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit) dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi,” katanya.

Bercerita lanjut, beliau memaklumkan mangsa bersama ahli keluarga datang melancong ke Malaysia hampir dua bulan lalu dan dijadualkan akan pulang ke India esok.

Sumber: Harian Metro

Related Posts