Pelajar perempuan diperkosa selepas tumpang motosikal lelaki tidak dikenali | The Reporter

Pelajar perempuan diperkosa selepas tumpang motosikal lelaki tidak dikenali

Gambar hiasan

Seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun dari sebuah kolej di Bengaluru, India, telah menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang penunggang motosikal yang menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah. 

Kejadian berlaku pada awal pagi Ahad, 18 Ogos 224, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Hebbagodi selepas menghadiri satu majlis di Koramangala.

Pesuruhjaya Polis Tambahan (Zon Timur), Raman Gupta berkata, mangsa telah bersetuju menerima tawaran daripada seorang lelaki yang tidak dikenali yang mahu menghantarnya pulang ke rumah. 

Sebaliknya, lelaki tersebut membawa mangsa ke lokasi terpencil dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

Mangsa dijumpai oleh rakan-rakannya selepas mereka menyedari dia tidak pulang ke rumah seperti yang dijadualkan. Mereka mula mencari di kawasan sekitar dan akhirnya menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian di belakang sebuah lori.

Polis telah mendaftarkan kes di bawah Seksyen 64 Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS) dan memulakan siasatan. Lima pasukan telah dibentuk untuk menyiasat kes ini dan usaha sedang giat dijalankan untuk menangkap suspek.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital dan polis sedang menunggu keputusan ujian perubatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. – Agensi

Related Posts