Peniaga kosmetik dicerai talak 1 ketika live di TikTok | The Reporter

Peniaga kosmetik dicerai talak 1 ketika live di TikTok

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita yang juga merupakan peniaga kosmetik diceraikan suaminya dengan talak satu semasa bersiaran langsung menerusi TikTok di kediamannya di Pasir Tumboh, Kelantan.

Insiden berkenaan turut tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan netizen, wanita yang dikenali sebagai Wanie itu pada mulanya bergaduh dan berlakunya provokasi antara mereka sebelum suaminya melafazkan cerai.

Difahamkan Wanie merupakan isteri pertama dan suaminya telah berkahwin dengan wanita lain pada April lalu di Thailand tanpa pengetahuannya.

Dalam satu laporan juga menyatakan Wanie yang merupakan bekas penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pada mulanya merestui perkahwinan kedua suaminya, namun disebabkan mereka suka memerli dan membuat provokasi, dia tidak bersetuju.

“Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar,” katanya.

Dalam pada itu, Wanie berkata dia reda dengan apa yang berlaku dan akan meneruskan kehidupan bersama dua orang anak.

“Walaupun diceraikan ketika sedang bersiaran langsung dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, namun saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak,” katanya.

Katanya, dia berasa lega selepas diceraikan dan mahu fokus kepada perniagaan kosmetiknya yang dibuat secara dalam talian.

Sumber: Harian Metro

Related Posts