Tindakan seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi kereta Tesla mengundang padah apabila dia dihimpit sehingga terjatuh.
Dalam video yang tular di media sosial, kejadian berlaku pada jam 8.24 pagi, Isnin, 13 Mei 2024 di lebuhraya Damansara Link, Petaling Jaya.
Berdasarkan video rakaman kamera papan pemuka (dashcam), penunggang motosikal terbabit dilihat sedang menunggang dengan laju dan mencilok di tengah laluan kiri dan tengah.
Dalam masa sama, sebuah kereta Tesla menyalakan lampu isyarat untuk masuk ke lorong kiri. Namun penunggang itu enggan memperlahankan motosikalnya dan terus menunggang laju ke lorong kiri dan memukul cermin sisi Tesla.
Akibatnya, dia dihimpit Tesla sehingga terkena bahagian tembok penghadang jalan lalu terjatuh. Tidak diketahui keadaan mangsa selepas kejadian.
Di media sosial, video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyalahkan penunggang motosikal dan tidak kurang juga menyelar perbuatan pemandu Tesla yang keterlaluan.
“Yang naik motosikal ni, macam hina sangat kalau tekan brek. Makin nampak kereta nak masuk, makin dia nak menyelit.
“Satu jelah aku boleh cakap. Dah tahu naik motosikal tu, bawa-bawalah sedar diri. Jangan berlagak hebat mcaam kau kebal,” kata netizen.
“Tesla bodoh juga. Belakang motosikal tengah mari, kau pula signal terus masuk lane kiri. Motosikal pun sama juga. Potong sudahlah, kenapa nak pecahkan side mirror kereta Tesla? Kesimpulannya, kedua-dua bersalah,” tambah netizen lain.








