Faisal Halim cedera disimbah asid | The Reporter

Faisal Halim cedera disimbah asid

Sumber gambar: Instagram Tengku Hamsul

Penyerang Selangor FC, Faisal Halim, dilaporkan cedera selepas disimbah dengan cecair dipercayai asid dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah.

Menurut laporan pelbagai sumber, Faisal atau dikenali sebagai Mickey, disimbah dengan asid oleh individu yang tidak dikenali.

Berdasarkan gambar yang tular, kelihatan beberapa bahagian badannya mengalami kecederaan di bahagian badan, muka dan tangan.

Baju hitam yang dipakainya turut terjejas, kesan daripada cecair berbahaya itu.

Sebelum kejadian, Faisal baru selesai bermain go kart dan punca kejadian masih menjadi tanda tanya.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Faisal berhubung kejadian itu.

Related Posts