Beberapa hari lalu tular video isteri kepada pelawak Ali Puteh, Melati Fitri yang menangis kerana terpaksa menjual kereta miliknya untuk membantu Ali membayar hutang RM75,000.
Ramai yang bersimpati dan tidak kurang juga mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.
Bagaimanapun, ada seorang wanita yang dipercayai berasal dari Singapura mengkritik Melati yang sepatutnya gembira apabila suaminya berusaha untuk membayar hutang.
“Patutnya engkau (Melati) kena happy, laki engkau jual semua harta dia untuk bayar hutang. Ini aku tengok news artikel, kau menangis.
“Kau jenis perempuan apa ni? Kau suka laki engkau hutang sana sini? Lepas tu korang enjoy. Korang tak nak bayar hutang orang lain. Mana boleh.
“Kau tahu tak, sekiranya laki engkau mampus ke, meninggal ke, apa ke, kalau banyak hutang, anak-anak kena (sambung) bayar tau. Ahli keluarga kena bayar tau,” katanya.
Wanita berkenaan turut mengakui dia menyebelahi Siti Norhidayah Mohd Ali dalam kes ini.
“Pasal kes Hidayah ni memang sangat-sangat dekat dengan hati aku. Kalau aku boleh peluk dia, aku peluk dah Hidayah ni,” ujarnya.
Tawar RM500
Bagaimanapun kenyataan itu mengundang perhatian Ali yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan yang mengkritik isterinya secara terbuka.
“Aku agak dah akan muncul macam ni, isteri aku pula kau petik.
“Ada sesiapa yang boleh carikan manusia ini? Dengar duduk Johor, esok kebetulan ke Johor. Siapa ada nombor atau alamat, RM500 saya bagi. Kau petik bini aku ekh?” tegasnya.
Sumber: TikTok Ali Puteh








