'Berdosa sekiranya suami tidak benarkan isteri ke rumah ibu bapanya & halang berjumpa adik beradik' - Ustaz Azhar Idrus | The Reporter

‘Berdosa sekiranya suami tidak benarkan isteri ke rumah ibu bapanya & halang berjumpa adik beradik’ – Ustaz Azhar Idrus

Gambar hiasan (A.I)

Apabila sudah berkahwin, ada sesetengah individu menjarakkan hubungan dengan keluarga dan ibu bapa sendiri. Ada yang menganggap segala keputusan terletak di tangan suami tanpa memikirkan perasaan ibu bapa.

Terdapat juga banyak kes atau aduan yang dibuat oleh para isteri yang menyatakan si suami melarang isteri untuk balik berjumpa dengan ibu dan bapanya.

Menurut pendakwah, Ustaz Azhar Idrus, ada sesetengah individu yang beranggapan perlu taat pada suami 100% apabila berkahwin. Tetapi katanya, si isteri perlu taat pada suami selama mana perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan perintah agama.

“Sebagai contoh, mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin suami maka dia berdosa. Sepanjang dia keluar dan sehingga dia sampai ke rumah, dia dilaknat. Tetapi jika perkara yang dibenarkan syarak, dia tidak berdosa,” katanya.

Dalam isu berkenaan isteri mahu berjumpa dengan ibu bapa, si suami katanya tidak boleh menghalang.

“Kalau ibu bapa tu datang ke rumah, suami tidak izin jumpa, suami itu berdosa. Adik beradik isteri datang nak jumpa dengan isteri, kita (suami) tak suka dan marah. Tapi isteri nak jumpa jugak. Tak berdosa, tetapi kita yang berdosa.

“Maksud halang adalah apabila keluar sesuka hati bukan ke rumah ibu bapa. Rumah ibu bapa dibenarkan syarak,”katanya.

Sumber: TikTok

Related Posts