Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Ravi atau dikenali sebagai ustaz Farid Ravi memeluk Islam semasa usia remaja. Semasa menjangkau ke usia 18 tahun, dia berkongsikan kisahnya yang cuba untuk mempelajari Al-Quran.
Kongsinya, dia pernah meminta seorang imam untuk mengajarnya tentang Al-Quran. Tetapi imam tersebut menolak dengan baik dan menyatakan anak muridnya bagi kelas mengaji sudah penuh. Dia mula rasa kecewa dengan jawapan tersebut lalu pulang ke rumah dan termenung memikirkan cara untuk belajar Al-Quran.
Tiba-tiba sahaja katanya, seorang kanak-kanak berumur lapan tahun lalu di depan rumahnya dengan membawa Al-Quran. Dia mengambil peluang untuk bertanyakan kanak-kanak tersebut lokasi dia mengaji dan mengajarkannya Al-Quran.
“Setiap hari, dia akan mengajar saya Quran. Tiga bulan, dia ajar saya setengah jam setiap hari tapi saya ulangkaji dalam tiga jam.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kini sudah berjaya dalam kerjanya dan menjawat jawatan yang tinggi.
Dalam pada itu dia berkongsikan kisah sedih ketika dia mahu menyertai sekumpulan lelaki yang sedang bertadarus di dalam masjid ketika bulan Ramadan. Dia menyatakan hajat untuk menyertai kumpulan itu dan diminta untuk membacakan Al-Quran.
Ketika membacakan ayat, Ustaz Farid pada waktu itu masih tidak lancar. Dia kemudiannya dimarahi oleh ketua kumpulan tadarus tersebut dan memintanya berhenti.
“Waktu tu saya pegang Quran, saya dah nampak dunia ni gelap bila kena sergah. Saya duduk di tangga masjid dan dongak ke langit nampak bintang. Saya sangat sebak bila dihina. Saya mengadu pada Allah,” katanya.
Sumber: Knowledge Seeker 114








