Kegagalan skuad terjun negara di Doha minggu lalu menimbulkan pelbagai perspektif. Ini termasuk dakwaan Pandelela Rinong berkenaan ada sesuatu perkara yang telah menganggu skuad terjun negara.
Bagaimanapun, Nur Dhabitah pula menyatakan kecederaan yang dialami merupakan punca dia tidak dapat beraksi dengan baik. Kecederaan triseps pada hari pertama latihan di Doha menyukarkan lagi keadaan.
“Saya mengalami triseps tertarik, nak peluk kaki pun tak boleh. Ia terjadi semasa hari pertama latihan di Doha. Apatah lagi air sejuk, mereka tidak sediakan air panas untuk penerjun,” katanya.
Dalam pada itu, Dhabitah menyatakan skuad terjun memerlukan pelapis baru.
“Selepas Wendy, tak ada orang dah. Takkan nak harapkan saya buat semua lagi. Memang kita perlukan pelapis baru,” katanya.
Sementara itu mengulas mengenai isu pelapis baru, Pandelela Rinong berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
“Bagi kami, hendak bersara boleh, tetapi atlet pelapis kena berjaya menang mengatasi kami, baru mereka ada peluang untuk lawan dengan penerjun luar negara,” katanya.
Sumber: Berita Harian, FinaNasrom








