Tular satu isu luahan kekecewaan pekerja di sebuah restoran chef terkenal, Chef Wan berhubung dengan pakej gaji.
Dalam hantaran tersebut banyak menyentuh isu mengenai gaji dan pembayaran kerja lebih masa (OT).
Bagaimanapun, Chef Wan Group of Restaurants (CWGR) menerusi satu hantaran menafikan dakwaan tersebut.

“CWGR ingin memaklumkan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami bahawa kandungan siaran tersebut adalah tidak tepak dan tidak bertanggungjawab.
“Kami sentiasa meletakkan keutamaan dalam memastikan pekerja kami sentiasa diambil kira dan dilayan secara adil,” tulis kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu juga, pihak CWGR juga menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi jenama mereka dan pekerja mereka.
Dalam pada itu, CWGR menyatakan mereka komited untuk mengukuhkan kehadiran mereka sebagai jenama masakan terulung yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
Sumber: De.Wan 1958 by Chef Wan








