‘Jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia’ - Hafidz Roshdi kongsi gambar kenangan lama bersama Athira Yuhada | The Reporter

‘Jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia’ – Hafidz Roshdi kongsi gambar kenangan lama bersama Athira Yuhada

“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.

Demikian kata pelakon Hafidz Roshdi mengenai keputusannya menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara itu juga dibuktikan melalui hantaran di Instagram seakan mengimbau kembali perkenalan mereka semasa tahun 2009 semenjak di bangku sekolah lagi.

“Kitorang mula berkenalan tahun 2009, masa form 3. Sekejap je masa berlalu, sekarang dah 2023. 14 tahun kitorang kenal,” katanya.

Menerusi hantaran itu, beberapa keping gambar dari zaman persekolahan sehingga lah gambar terkini dimuat naik dengan kapsyen ‘Us’ (kami).

Sementara itu, Hafidz dalam satu temu bual meluahkan rasa syukur dengan kelancaran majlis mereka. Dalam pada sama, Hafidz memberikan teguran kepada netizen agar berhenti menghukum seseorang.

“Setiap manusia buat kesilapan. Jangan kita hukum orang tu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikan dia kita dah tak nampak,” katanya.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi, OhMedia

Related Posts