Hasrat 11 warga Bangladesh masuk Malaysia tidak kesampaian, trak pikap terbalik ketika dikejar polis Thailand | The Reporter

Hasrat 11 warga Bangladesh masuk Malaysia tidak kesampaian, trak pikap terbalik ketika dikejar polis Thailand

Hasrat sebelas warga Bangladesh untuk masuk ke Malaysia tidak kesampaian apabila mereka ditahan pihak berkuasa Thailand pada Sabtu lalu.

Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand dalam satu kenyataan berkata, 11 warga Bangladesh yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 48 tahun.

Difahamkan, polis lebuhraya terdahulu mengesan trak pikap yang dinaiki 12 individu termasuk pemandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 5 pagi.

Polis kemudian mendekati kenderaan itu dan pemandunya bertindak memecut laju menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.

Bagaimanapun, trak pikap tersebut dikatakan hilang kawalan lalu terbalik di tempat kejadian, di Wilayah SA Kaeo, sempadan timur Thailand.

Pemandu lelaki warga Thailand berusia 35 tahun sempat melarikan diri, meninggalkan 11 lelaki warga Bangladesh di tempat kejadian.

Siasatan mendapati, kumpulan berkenaan dari Bangladesh ke Kemboja sebelum menyeberang ke Thailand secaram haram menggunakan trak pikap untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia.

11 warga Bangladesh berkenaan ditahan dan polis sedang giat mengesan suspek.

Sumber: Bernama

Related Posts