'Isteri Tidak Wajib Memasak dan Membasuh Baju Suami, Kecuali…' - Ustaz Azhar Idrus | The Reporter

‘Isteri Tidak Wajib Memasak dan Membasuh Baju Suami, Kecuali…’ – Ustaz Azhar Idrus

Dalam satu klip video ceramah yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus telah memberikan pandangan menarik tentang tanggungjawab isteri dalam rumah tangga.

Menurut beliau, isteri pada dasarnya tidak diwajibkan untuk melakukan kerja rumah seperti memasak dan membasuh baju untuk suami mereka, kecuali jika disuruh.

“Isteri tidak wajib memasak untuk suami, isteri tidak wajib basuh baju suami. Tetapi jika disuruh suami itu, adalah wajib dan perlu dilakukan,” katanya.

Ustaz Azhar juga menyarankan agar suami memberikan upah kepada isteri mereka sebagai penghargaan di atas kerja-kerja yang telah dilakukan.

“Jadi berilah upah kepada isteri kita itu, dia sudah buat suruhan kita. Kalau sebulan bagi sahaja RM1,000. Itu pun tidak cukup kalau nak dibandingkan dengan dia melahirkan anak untuk kita,” kata beliau.

Tambahnya, jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh isteri, suami sebenarnya tidak mampu. Terutamanya ketika mereka bersalin.

“Kalau golongan lelaki ni nak kencing ada sakit batu karang pun dah jerit. Cuba bayang isteri kita nak lahirkan anak yang berat 3.5 kilogram (kg) ada yang sampai 4 kg lebih, kita memang tidak mampu,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts