Bekas Menteri Komunikasi Israel gelar rakyat Palestin sebagai Nazi, gesa Gaza dihapuskan dari muka bumi | The Reporter

Bekas Menteri Komunikasi Israel gelar rakyat Palestin sebagai Nazi, gesa Gaza dihapuskan dari muka bumi

Hapuskan Genting Gaza dari muka bumi, itu kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan daripada bekas menteri komunikasi Israel menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, Galit turut menunjukkan rakaman serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Selain itu, Galit juga menggelar penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai Nazi dan perlu dibanteras dengan menggunakan khidmat askar Israel yang ganas.

“Gaza perlu dihapuskan dan Nazi di Tebing Barat juga perlu disasarkan. Kita memerlukan askar Israel yang pendendam dan ganas untuk misi ini,” katanya.

Difahamkan, Galit sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kontroversi.

Sejak berlakunya konflik di antara Palestin dan Israel 7 Oktober lalu, sebanyak 8,700 lebih rakyat Palestin yang maut angkara tindakan Israel yang menyasarkan pengeboman di tempat awam.

Angka berkenaan termasuk lebih dari 3,600 kanak-kanak yang terkorban.

Walaupun banyak negara yang menggesa gencatan senjata dilakukan segera, namun Israel enggan berbuat demikian kerana tunduk kepada kumpulan pejuang Hamas.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts