Hasrat seorang lelaki bermalam di hotel bajet tidak kesampaian, apabila dia menerima gangguan mistik. Bimbang dengan keselamatan diri, lelaki berkenaan terus keluar dari hotel tersebut.
Pada awal vlog yang dikongsikan, lelaki itu terkejut sebaik saja tiba di kawasan hotel yang kelihatan sunyi sepi tanpa sebarang kelibat manusia di sekitarnya.
“Mana punya hotel aku dapat ni. Confirm malam ni (berlaku aktiviti) paranormal. Hahaha!” katanya.
Laluan ke bilik gelap
Sebaik saja mendapat kunci bilik, dia terus naik ke tingkat atas. Laluan dari lif ke biliknya juga kelihatan gelap dan hanya diterangi sedikit pencahayaan.
Masuk ke dalam bilik, segalanya kelihatan seperti biasa. Bilik yang serba lengkap dengan kemudahan asas. Namun, belum sampai dua minit berada di dalam bilik, berlaku beberapa perkara yang tidak diingini.
“Tak sampai dua minit, macam-macam gangguan berlaku. Main ketuk pintu, main langsir toilet sampai azan maghrib. Dah record video, pandai pula (gangguan) stop.
“Baru masuk bilik dah kena kacau. Tak boleh, tak boleh. Check outlah. Aku seorang je dalam bangunan ni. Tak boleh jadi, aku nak mancing esok,” katanya.
Ternampak kelibat melintas
Selepas masuk ke lif, pengadu mendakwa dia ternampak kelibat melintas sebelum pintu lif tutup sepenuhnya. Malangnya, tidak sempat dirakam oleh lensa kamera.
“Tak sampai setengah jam bhai, dah kena ketuk pintu, dengar bunyi langsir ditarik dalam toilet. Tak apalah rugi RM60, gila horror siak!
“Kalau aku stay, confirm aku tak tidur, esok aku tak mancing. So guys, hotel ni tak recommended okay. Better korang cari tempat lain yang proper.
“Ini paling laju gangguan yang pernah aku kena. Tak sampai 30 minit dah kena.
“Masa pintu kena ketuk tu, aku tanya siapa? Tapi tiada jawapan. Tak lama selepas itu, bunyi langsir dalam toilet terjatuh dan ditarik. Bila aku check, tak ada apa-apa. Aku tak puas hati.
“Burn RM60 pun burnlah. Aku dah tak kisah. Ingatkan malam ni aku nak buat editing video travel aku. Tapi nampak gayanya tak jadi. Baik aku blah, tidur dalam kereta,” katanya.
Sejak PKP, kawasan itu sunyi sepi
Di ruangan komen, ada segelintir netizen yang pernah menginap di hotel itu berkongsi pengalaman yang sama.
“Macam hotel di Bukit Merah. Kat situ memang horror. Saya dapat bilik depan pokok besar. Tengah tidur, tiba-tiba dalam bilik air ada orang mandi. Padahal saya seorang saja, auto seram!” kata Yaya.
“Actually kan bang, tak payah takut pun. Kat situ ada je orang sewa bulanan. Cumanya itulah, orang selalu jadikan itu tempat tak senonoh. Sejak tu macam-macam terjadi,” kata Yoghurt.
Sumber: TikTok








