Seorang wanita dilaporkan maut, manakala enam lagi mangsa yang lain mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara-Selatan di Bukit Minyak pada jam 4 pagi tadi.
Pegawai Operasi Abd Syukur @ Mohd. Ilhami Musa dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.30 pagi lalu bergegas ke lokasi kejadian.
Tiba di lokasi Bomba mendapati kemalangan itu membabitkan enam buah kenderaan termasuk sebuah lori treler yang membawa muatan kayu.
“…beberapa mangsa didapati berada dalam keadaan tersepit dalam kenderaan yang terlibat. Salah sebuah treler yang membawa muatan kayu telah terbalik dan melintangi jalan.
“Keseluruhan mangsa terlibat dalam nahas terbabit ialah seramai 21 orang, manakala 14 daripada mereka termasuk dua pemandu treler terbabit terselamat,” katanya.



Kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa yang muat juga turut dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.
Sumber: Kosmo! Online








