Kecoh seketika di media sosial apabila penyampai radio dan juga pelawak, Shuib memanggil beberapa individu yang dikatakan telah memftinahnya sebagai ahli Freemason serta mengaitkan dengan kematian isterinya Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Salah seorang daripada individu tersebut datang bertemu dan Shuib dengan hati yang terbuka telah memaafkan individu berkenaan yang dikenali sebagai Zulhairi.
Walaubagaimanapun, Shuib menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang memfitnahnya.
“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya (pemilik akaun John Dhani) dan rasanya dia dah terima surat tu,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib juga meminta maaf jika tindakannya itu telah mengguris hati sesetengah pihak sehingga dia dihentam dan diperli.
“Bila asyik kena hentam, kena perli saya tertanya-tanya apa salah saya pada korang semua. Apa salah saya?
“Saya ada kacau apa-apa ke? Kalau ada, saya minta maaf. Saya betul tak faham, kalau saya ni ada je benda tak kena di mata korang,” katanya.
Shuib juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada para peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya.
Susulan isu itu juga, Shuib meminta sesiapa sahaja yang ternampak hantaran berbaur fitnah ke atasnya dan juga Allahyarhamah Siti Sarah untuk segera menghubunginya.
Sumber: Oh! Media, Shuib Sepahtu
‘Apa salah saya pada korang?’- Shuib hairan, kenapa dirinya sering dihentam, diperli netizen








