Pengarah drama Dua Nyawa, Riza Baharuddin tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi membabitkan pelakon Puteri Balqis yang sebelum ini mendakwa mengalami gangguan daripada seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran drama berkenaan.
Menerusi kenyataan rasmi, Riza menegaskan aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan setiap pelakon serta kru produksi sentiasa menjadi keutamaannya sepanjang proses penggambaran.
Menurutnya, setiap adegan dirancang berdasarkan keperluan skrip, perkembangan watak dan kesesuaian penceritaan, manakala sebarang perubahan perlu mendapat pertimbangan serta kelulusannya sebagai pengarah.
“Setiap adegan dirancang dan diarahkan berdasarkan keperluan skrip, perkembangan watak serta kesesuaian penceritaan.
“Sebarang cadangan atau perubahan adegan turut melalui pertimbangan dan kelulusan saya selaku pengarah,” katanya.
Perbincangan dengan pelakon
Dalam pada itu, Riza memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan pelakon terlibat selepas mengambil maklum kebimbangan yang disampaikan kepadanya.
Susulan perbincangan tersebut, beliau menetapkan bahawa sebarang sentuhan fizikal dalam adegan hanya boleh dilakukan berdasarkan arahan atau selepas mendapat kelulusannya.
“Langkah ini diambil bagi memastikan pelaksanaan setiap adegan kekal dalam batas keperluan lakonan serta mengambil kira keselesaan pelakon yang terlibat,” jelasnya.
Riza turut menegaskan penjelasan tersebut dibuat berdasarkan pengetahuan dan pemerhatiannya sendiri sepanjang penggambaran, selain menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
“Saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang agar perkara ini dapat ditangani secara adil dan berdasarkan fakta,” ujarnya.
Isu kontroversi
Terdahulu, Puteri Balqis mendakwa seorang pelakon lelaki sengaja melakukan sentuhan fizikal dan bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjayakan babak lakonan bersama.
Pelakon berusia 19 tahun itu turut mendakwa terpaksa berjumpa pengarah bagi meminta supaya adegan membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas berasa kurang selesa dengan tindakan individu berkenaan.
Kontroversi tersebut kemudiannya mengaitkan nama pelakon Zarif Ghazzi, yang turut membintangi drama berkenaan.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Zarif tampil menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon itu, selain mengesahkan laporan polis telah dibuat dan peguam dilantik bagi mendapatkan nasihat perundanga








