MOF nafi dakwaan caj perkhidmatan QR bermula 1 November | The Reporter

MOF nafi dakwaan caj perkhidmatan QR bermula 1 November

Kementerian Kewangan nafi dakwaan caj perkhidmatan pembayaran QR bermula 1 November 2026
Kementerian Kewangan nafi dakwaan caj perkhidmatan pembayaran QR bermula 1 November 2026.

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan bahawa caj perkhidmatan bagi pembayaran menggunakan kod respons pantas (QR) akan mula dikenakan pada 1 November 2026.

Menurut kementerian itu, poster yang tular mendakwa pelaksanaan caj berkenaan adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi.

MOF menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membuat sebarang pengumuman berhubung pelaksanaan caj perkhidmatan QR seperti yang didakwa dalam poster tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Kementerian itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi MOF untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih sebelum berkongsi sebarang berita.

Langkah berkenaan penting bagi membendung penyebaran maklumat palsu, khususnya yang melibatkan urusan kewangan dan perkhidmatan pembayaran digital.

Related Posts