9 buah motosikal RX-Z hangus terbakar di bengkel Sentul - The Reporter

9 buah motosikal RX-Z hangus terbakar di bengkel Sentul

RX-Z
Sumber Gambar: FB RX-Z Members- Official

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru sahaja mendapat perkhabaran gembira dengan pengumuman program himpunan RX-Z 7.0, peminat RX-Z menerima perkhabaran duka pula apabila sembilan buah motosikal RX-Z musnah terbakar dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel di Sentul pada Rabu.

Menerusi perkongsian di Facebook RXZ Members – Official, bukan sahaja sembilan buah motosikal RX-Z yang musnah, malahan beberapa kenderaan lain juga seperti kereta sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo, 18 buah motor pelbagai jenis, tujuh buah basikal MTB dan lapan biji helmet berjenama.

“Allahuakbar! Bengkel sahabat RXZ kita semua di Sentul telah terlibat dengan satu kebakaran, 100% semuanya hangus dijilat api.

“Kata pemilik bengkel selepas pengumuman tarikh RXZ Members baru-baru ini, semua pelanggan menghantar motor-motor RXZ ke bengkel untuk membuat persiapan awal ke RXZ Members 7.0 pada bulan 8 nanti.

“Bukan motor RXZ sahaja 9 buah terbakar, ia termasuk kenderaan lain juga, kereta evo satu buah, 18 buah motor pelbagai jenis, tujuh buah basikal MTB dan lapan biji helmet berjenama semuanya hangus dijilat api,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata premis yang terlibat ialah bengkel dan stor simpanan motosikal, kedai rokok elektronik (vape), kedai makan dan bilik sewa.

“Anggaran 50 buah motosikal pelbagai jenis seperti Yamaha RX-Z, Yamaha Y15ZR dan Yamaha 125ZR selain sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo telah terbakar.

“Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!